Friday 25 March 2011

WELCOME TO MY BLOG

Hello.I hope all of you like my blog which by the way is not that really great.I just learned how to make a blog.So,forgive me if the blog is not good.

Thursday 24 March 2011

Profil-Profil Artis Malaysia

YUNA

Yunalis Zarai,[1] atau lebih dikenali sebagai Yuna oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam .[1] Mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.[2]

Profil-Profil Artis Malaysia

6IXTH SENSE

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safuan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (Air Bone) selaku pemain gitar kedua (yang kemudiannya digantikan dengan Athan), Mohd Fairuz (Ayoy) selaku pemain bass dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia.
Kumpulan ini menamakan diri mereka “Sixth Sense” kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik. 6ixth Sense yakin dapat bersaing dengan mana-mana kumpulan muzik ketika ini. Melihat pada pencapaian mereka, jelas terbukti mereka boleh memberikan impak kepada perkembangan muzik tanahair.
Mereka memulakan kerjaya seni sebagai sebuah kugiran yang bermain di majlis perkahwinan. Setelah mendapat tempat di hati peminat, 6ixth Sense telah dilamar menjadi artis rakaman pada tahun 2005 walaupun industri muzik tempatan ketika itu diuliti dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak dan kemasukkan artis-artis luar negara yang banyak.
Di awal penubuhan, salah seorang pemuzik dari Indonesia telah mencadangkan nama pemuda Indonesia, Adi Priyo Sambodo yang kepada pengurus 6ixth Sense, Mujahid Abdul Wahab. Setelah berjaya menunjukkan kebolehan vokalnya, Adi diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi utama 6ixth Sense.
Lebih 5,000 buah album telah terjual setelah album ini dilancarkan pada 2 Jun 2006. Kumpulan yang mempertaruhkan lagu yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an, ‘Hari Ini Dan Semalam’ sebagai single pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada stesen-stesen radio tempatan. Malah, lagu tersebut pernah mendapat tempat kedua di Carta Era selama beberapa minggu. Terdapat 11 buah lagu di dalam album ini seperti termasuk ‘Maafkanku’, ‘Berjanjilah’, ‘Seandainya’, ‘Mama Papa’, ‘Pesona’ dan ‘Pawana’.
Syarikat rakaman mereka, Universal Music percaya bahawa kumpulan tersebut dapat diterima oleh peminat muzik Indonesia berdasarkan adanya Adi sebagai vokalis utama serta konsep kumpulan tersebut iaitu progresif pop-rock.

Profil-Profil Artis Malaysia

6IXTH SENSE